Tidak ada hasad dengki mahupun merendah diri

TEKS BAHASA ARAB

لا حسد، ولا ملق؛ إلا فى طلب العلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada hasad dengki mahupun merendah diri melainkan dalam menuntut ilmu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1169, hadis nombor 5910. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((لا حسد، ولا ملق؛ إلا فى طلب العلم)).[عد، خط، الخطيب في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (382)]

(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada hasad dengki mahupun merendah diri melainkan dalam menuntut ilmu. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh al-Baghdad, dan al-Khatib dalam al-Jami’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 382].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.