Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا حَسَدَ، ولا مَلَقَ؛ إلَّا فِي طَلَبِ العِلمِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada hasad dengki mahupun merendah diri melainkan dalam menuntut ilmu.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1169, hadis no. 5910. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((لا حسد، ولا ملق؛ إلا فى طلب العلم)).[عد، خط، الخطيب في ((الجامع))، ((الضعيفة)) (382)]
(Palsu) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada hasad dengki mahupun merendah diri melainkan dalam menuntut ilmu. [Riwayat Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh al-Baghdad, dan al-Khatib dalam al-Jami’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 382].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman