Tidak ada hari yang memiliki keutamaan untuk berpuasa kecuali bulan Ramadan dan hari Asyura

TEKS BAHASA ARAB

ليس ليوم فضل على يوم في الصيام إلا شهر رمضان ويوم عاشوراء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada hari yang memiliki keutamaan untuk berpuasa kecuali (berpuasa pada) bulan Ramadan dan (berpuasa) pada hari Asyura.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1128, hadis nombor 5689. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: «ليس ليوم فضل على يوم في الصيام إلا شهر رمضان ويوم عاشوراء». [طب، الطحاوي، الجواليقي في ((أحاديث ابن الضريس))، أبو مطيع في ((الأمالي))، عد، الخطيب في ((الأمالي بمسجد دمشق))، ((الضعيفة)) (285)]

(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada sahabat): “Tidak ada hari yang memiliki keutamaan untuk berpuasa kecuali (berpuasa pada) bulan Ramadan dan (berpuasa) pada hari Asyura.”
[Diriwayatkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Thahawi, al-Jawaliqi dalam Hadis Ibn Dhurays, Abu Muthi’ dalam al-Amali, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa dan al-Khatib dalam al-Amali bi Masjid al-Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 285].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs