Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَيْسَ لِيَوْمٍ فَضْلٌ عَلَى يَوْمٍ فِي الصِّيَامِ إِلَّا شَهْرَ رَمَضَانَ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada hari yang memiliki keutamaan untuk berpuasa kecuali (berpuasa pada) bulan Ramadan dan (berpuasa) pada hari Asyura.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1128, hadis no. 5689. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: «ليس ليوم فضل على يوم في الصيام إلا شهر رمضان ويوم عاشوراء». [طب، الطحاوي، الجواليقي في أحاديث ابن الضريس، أبو مطيع في الأمالي، عد، الخطيب في الأمالي بمسجد دمشق، الضعيفة (285)]
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada sahabat): "Tidak ada hari yang memiliki keutamaan untuk berpuasa kecuali (berpuasa pada) bulan Ramadan dan (berpuasa) pada hari Asyura." [Diriwayatkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Thahawi, al-Jawaliqi dalam Hadis Ibn Dhurays, Abu Muthi’ dalam al-Amali, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa dan al-Khatib dalam al-Amali bi Masjid al-Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 285].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman