Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليس من يوم يأتي على ابن آدم إلا ينادى فيه: يابن آدم! أنا خلق جديد، وأنا فيما تعمل عليك غدا شهيد، فاعمل في خيرا أشهد لك به غدا، فإني لو قد مضيت لم ترني أبدا. قال: ويقول الليل مثل ذلك
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada hari yang datang kepada anak Adam melainkan ada seruan untuknya: Wahai anak Adam! Aku adalah makhluk baru dan aku adalah saksi terhadap apa yang kamu lakukan esok hari. Maka lakukanlah kebaikan, nescaya aku akan menjadi saksi buatmu esok. Sesungguhnya aku sekiranya telah berlalu, kamu tidak akan dapat melihatku lagi, Baginda berkata lagi: Malam juga berbicara sama seperti itu.
Sahabat Perawi
- Ma'qil bin Yasar
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1705, hadis no. 8583. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan Ibn Sam’un dalam al-Amali
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman