Tidak ada hamba yang menadah tangannya pada penghujung setiap solat, kemudian dia berdoa

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد يبسط كفيه دبر كل صلاة، ثم يقول: اللهم إلهي وإله إبراهيم وإسحاق ويعقوب، وإله جبرائيل وميكائيل وإسرافيل – عليهم السلام -! أسألك أن تستجيب دعوتي؛ فإني مضطر، وتعصمني في ديني؛ فإني مبتلى، وتنالني برحمتك؛ فإني مذنب، وتنفي عني الفقر؛ فإني متمسكن؛ إلا كان حقا على الله عز وجل أن لا يرد يديه خائبتين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada hamba yang menadah tangannya pada penghujung setiap solat, kemudian dia berdoa: “Ya Allah! Tuhanku dan Tuhan Ibrahim, Ishaq, Ya’qub, Tuhan Jibrail, Mikail dan Israfil AS. Aku memohon kepada-Mu agar Engkau perkenankan doaku; kerana aku dalam keadaan terdesak, dan peliharalah daku pada agamaku; kerana aku sedang diuji, dan kurniakanlah kepadaku rahmat-Mu; kerana aku berdosa, dan jauhkanlah aku daripada kefakiran kerana aku telah menjadi miskin”, melainkan menjadi hak bagi Allah Azzawajalla untuk tidak membiarkankan kedua-dua tangannya kosong.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 327, hadis nombor 1722. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم: ((ما من عبد يبسط كفيه دبر كل صلاة، ثم يقول: اللهم إلهي وإله إبراهيم وإسحاق ويعقوب، وإله جبرائيل وميكائيل وإسرافيل – عليهم السلام -! أسألك أن تستجيب دعوتي؛ فإني مضطر، وتعصمني في ديني؛ فإني مبتلى، وتنالني برحمتك؛ فإني مذنب، وتنفي عني الفقر؛ فإني متمسكن؛ إلا كان حقا على الله عز وجل أن لا يرد يديه خائبتين)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (5701)].

(Sangat Lemah) Daripada Anas bin Malik RA dia berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: Tidak ada hamba yang menadah tangannya pada penghujung setiap solat, kemudian dia berdoa: “Ya Allah! Tuhanku dan Tuhan Ibrahim, Ishaq, Ya’qub, Tuhan Jibrail, Mikail dan Israfil AS. Aku memohon kepada-Mu agar Engkau perkenankan doaku; kerana aku dalam keadaan terdesak, dan peliharalah daku pada agamaku; kerana aku sedang diuji, dan kurniakanlah kepadaku rahmat-Mu; kerana aku berdosa, dan jauhkanlah aku daripada kefakiran kerana aku telah menjadi miskin”, melainkan menjadi hak bagi Allah Azzawajalla untuk tidak membiarkankan kedua-dua tangannya kosong. [Riwayat Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yawm wal-Laylah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5701].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs