Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا مِنْ عَبْدٍ يَبْسُطُ كَفَّيْهِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ، ثُمَّ يَقُولُ: اللهمّ إِلَهِي وَإلَهَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ، وَإِلَهَ جِبْرَائِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَإِسْرَافِيلَ - عَلَيْهِمُ السَّلَامُ -! أَسْأَلُكَ أَنْ تَسْتَجِيبَ دَعْوَتِي؛ فَإِنِّي مُضطَّرٌّ، وَتَعْصِمَنِي فِي دِينِي؛ فَإِنِّي مُبْتَلَى، وَتَنَالَنِي بِرَحْمَتِكَ؛ فَإِنِّي مُذْنِبٌ، وَتَنْفِيَ عَنِّي الْفَقْرَ؛ فَإِنِّي مُتَمَسْكِنٌ؛ إِلَّا كَان حَقًّا عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ أَنْ لَا يَرُدَّ يَدَيْهِ خَائِبَتَيْنِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada hamba yang menadah tangannya pada penghujung setiap solat, kemudian dia berdoa: “Ya Allah! Tuhanku dan Tuhan Ibrahim, Ishaq, Ya’qub, Tuhan Jibrail, Mikail dan Israfil AS. Aku memohon kepada-Mu agar Engkau perkenankan doaku; kerana aku dalam keadaan terdesak, dan peliharalah daku pada agamaku; kerana aku sedang diuji, dan kurniakanlah kepadaku rahmat-Mu; kerana aku berdosa, dan jauhkanlah aku daripada kefakiran kerana aku telah menjadi miskin”, melainkan menjadi hak bagi Allah Azzawajalla untuk tidak membiarkankan kedua-dua tangannya kosong.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 327, hadis no. 1722. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله صلّى الله عليه وسلّم: ((ما من عبد يبسط كفيه دبر كل صلاة، ثم يقول: اللهم إلهي وإله إبراهيم وإسحاق ويعقوب، وإله جبرائيل وميكائيل وإسرافيل - عليهم السلام -! أسألك أن تستجيب دعوتي؛ فإني مضطر، وتعصمني في ديني؛ فإني مبتلى، وتنالني برحمتك؛ فإني مذنب، وتنفي عني الفقر؛ فإني متمسكن؛ إلا كان حقا على الله عز وجل أن لا يرد يديه خائبتين)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (5701)].
(Terlalu Daif) Daripada Anas bin Malik RA dia berkata: Rasulullah ﷺ telah bersabda: Tidak ada hamba yang menadah tangannya pada penghujung setiap solat, kemudian dia berdoa: “Ya Allah! Tuhanku dan Tuhan Ibrahim, Ishaq, Ya’qub, Tuhan Jibrail, Mikail dan Israfil AS. Aku memohon kepada-Mu agar Engkau perkenankan doaku; kerana aku dalam keadaan terdesak, dan peliharalah daku pada agamaku; kerana aku sedang diuji, dan kurniakanlah kepadaku rahmat-Mu; kerana aku berdosa, dan jauhkanlah aku daripada kefakiran kerana aku telah menjadi miskin”, melainkan menjadi hak bagi Allah Azzawajalla untuk tidak membiarkankan kedua-dua tangannya kosong. [Riwayat Ibn al-Sunni dalam ‘Amal al-Yawm wal-Laylah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5701].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman