Tidak ada hamba yang melakukan dosa kemudian dia menyesalinya melainkan Allah mengampunkan dosanya

TEKS BAHASA ARAB

ما أذنب العبد ذنبا فساءه إلا غفر الله له، ‏وإن لم يستغفر منه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada hamba yang melakukan dosa kemudian dia menyesalinya melainkan Allah mengampunkan dosanya walaupun dia tidak memohon pengampunan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1975, hadis nombor 9877. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‏موضوع) ‏عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: «‏ما أذنب العبد ذنبا فساءه إلا غفر الله له، ‏وإن لم يستغفر منه».
[‏أبو بكر الشافعي في «الفوائد»، ‏ابن حبان في «الضعفاء»، ابن عساكر، «الضعيفة» (777)].

(Palsu)
Daripada ‘Aisyah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada hamba yang melakukan dosa kemudian dia menyesalinya melainkan Allah mengampunkan dosanya walaupun dia tidak memohon pengampunan.
[Riwayat Abu Bakr al-Shafi‘iy dalam al-Fawa’id, Ibn Hibban dalam al-Du‘afa’ dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 777].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs