Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما أَذنبَ عبدٌ ذنبًا فَساءَهُ إلَّا غفرَ اللَّهُ لَه، وإن لم يستغفِرْ منهُ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada hamba yang melakukan dosa kemudian dia menyesalinya melainkan Allah mengampunkan dosanya walaupun dia tidak memohon pengampunan.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1975, hadis no. 9877. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: «ما أذنب العبد ذنبا فساءه إلا غفر الله له، وإن لم يستغفر منه». [أبو بكر الشافعي في «الفوائد»، ابن حبان في «الضعفاء»، ابن عساكر، «الضعيفة» (777)].
(Palsu) Daripada ‘Aisyah RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada hamba yang melakukan dosa kemudian dia menyesalinya melainkan Allah mengampunkan dosanya walaupun dia tidak memohon pengampunan. [Riwayat Abu Bakr al-Shafi‘iy dalam al-Fawa’id, Ibn Hibban dalam al-Du‘afa’ dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 777].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman