Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما ازداد عبدٌ من السلطانِ دخولًا إلا ازداد من اللهِ بعدًا.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada hamba yang bertambah dia masuk berjumpa pemerintah kecuali Allah akan menjadikan dia lebih jauh daripada Allah.
Sahabat Perawi
- Al-Husain bin Ali
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 840, hadis no. 4306. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن الحسين بن علي مرفوعا: ((ما ازداد عبد من السلطان دخولا إلا ازداد من الله بعدا)). [أبو بكر الشافعي في ((مسند موسى بن جعفر الهاشمي))، ((الضعيفة)) (4418)]
(Lemah) Daripada al-Husain bin ‘Alī secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada hamba yang bertambah dia masuk berjumpa pemerintah kecuali Allah akan menjadikan dia lebih jauh daripada Allah. [Riwayat Abū Bakr al-Syāfi‘ī dalam Musnad Mūsā bin Ja’far al-Hāsyimī. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4418]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman