Tidak ada hamba yang berjalan pada kubur seorang lelaki yang dia kenali di dunia lalu dia memberi salam ke atasnya

TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد يمر بقبر رجل كان يعرفه في الدنيا فسلم عليه إلا عرفه ورد عليه السلام

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada hamba yang berjalan pada kubur seorang lelaki yang dia kenali di dunia lalu dia memberi salam ke atasnya melainkan dia (mayat) mengenalinya dan menjawab salamnya kepadanya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1746, hadis nombor 8799. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ما من عبد يمر بقبر رجل كان يعرفه في الدنيا فسلم عليه إلا عرفه ورد عليه السلام)). [أبو بكر الشافعي في ((مجلسان))، وابن جميع في ((معجمه))، وأبو العباس الأصم في ((الثاني من حديثه)) خط، تمام، ابن عساكر، الذهبي في ((سير))، ((الضعيفة)) (4493)]

]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW: ((Tidak ada hamba yang berjalan pada kubur seorang lelaki yang dia kenali di dunia lalu dia memberi salam ke atasnya melainkan dia (mayat) mengenalinya dan menjawab salamnya kepadanya.))
[Riwayat Abu Bakar al-Shafi’i dalam Majlisan, Ibn Jami’ dalam Mu’jamnya, al-Asam dalam al-Thani Min Hadithihi, al-Khatib dalam al-Tarikh, Tammam, Ibn Asakir dan al-Zahabi dalam al-Siyar

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs