Tidak ada hamba yang beriman yang keluar daripada matanya air mata

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ما من عبد مؤمن يخرج من عينيه من الدموع مثل رأس الذباب من خشية الله – تعالى – فتصيب حر وجهه، فتمسه النار أبدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada hamba yang beriman yang keluar daripada matanya air mata seperti kepala lalat kerana takut kepada Allah akan ditimpa padanya kepanasan wajahnya lalu api kepanasan itu akan menyentuhnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2028, hadis nombor 10199. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن ابن مسعود – رضي الله عنه – مرفوعا: ما من عبد مؤمن يخرج من عينيه من الدموع مثل رأس الذباب من خشية الله – تعالى – فتصيب حر وجهه، فتمسه النار أبدا.
[ه، أبو هاتم في ((الزهد))، طب، ابن أبي الدنيا في ((الرقة و البكاء))، ((الضعيفة)) (4490)]

(Lemah)
Daripada Ibn Mas’ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada hamba yang beriman yang keluar daripada matanya air mata seperti kepala lalat kerana takut kepada Allah akan ditimpa padanya kepanasan wajahnya lalu api kepanasan itu akan menyentuhnya.
[Riwayat Sunan Ibn Majah, Abu Hatim dalam al-Zuhd, al-Tabarani dalam Mu’jam Kabir, Ibn abu Dunya dalam al-Riqqah Wal al-Buka’. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4490]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.