Tidak ada hadiah yang seorang ayah boleh berikan kepada anaknya

TEKS BAHASA ARAB

ما نحل والد ولدا من نحل أفضل من أدب حسن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada hadiah yang seorang ayah boleh berikan kepada anaknya yang lebih utama daripada adab yang baik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 921, hadis nombor 4724. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن سعيد بن العاص أن رسول الله -صلى الله عليه وسلم- قال: ((ما نحل والد ولدا من نحل أفضل من أدب حسن)).
[تخ، ت، ك، عبد بن حميد،عق، ابن الضريس في ((أحاديث مسلم بن ابراهيم الفراهيدي))، القضاعي، الخطيب في ((الموضح))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1121)].

(Lemah)
Daripada Sa’id bin al-‘Aas bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak ada hadiah yang seorang ayah boleh berikan kepada anaknya yang lebih utama daripada adab yang baik.
[Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir, at-Tirmizi dalam Jami’ beliau, al-Hakim dalam al-Mustadrak, ‘Abd bin Humaid dalam Musnad beliau, al-‘Uqaili dalam al-Du’afaa al-Kabir, Ibn al-Dharis dalam Ahadith Muslim bin Ibrahim al-Farahidiyy, al-Quda’iyy dalam Musnad al-Shihab, al-Khatib al-Baghdadi dalam al-Muwaddah, dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1121].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs