Tidak ada ghibah (iaitu tidak dianggap mengumpat sekiranya menyebutkan tentang) seorang fasiq

TEKS BAHASA ARAB

ليس لفاسق غيبة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada ghibah (iaitu tidak dianggap mengumpat sekiranya menyebutkan tentang) seorang fasiq.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 175, hadis nombor 888. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن معاوية بن حيدة -رضي الله عنه- مرفوعا: ليس لفاسق غيبة.
[طب، أبو الشيخ في ((التاريخ))، عد، أبو بكر بن سليمان الفقيه في ((مجلس من الأمالي))، أبو بكر الدقائق في ((حديثه))، الهروي في ((ذم الكلام))، القضاعي، الواحدي في ((التفسير)، الخطيب في ((الكفاية))، ((الضعيفة)) 584]


(Batil)
Daripada Mu’awiyah bin Haydah – Raḍiyallāhu ‘ahu – secara Marfu’: Tidak ada ghibah (iaitu tidak dianggap mengumpat sekiranya menyebutkan tentang) seorang fasiq.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Abu al-Syaikh dalam al-Tarikh, Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Abu Bakar bin Salman al-Faqih dalam Majlis min al-Amali, Abu Bakar al-Daqqaq dalam Hadith beliau, al-Harawi dalam Dzam al-Kalam, al-Qudha’ie, al-Wahidi dalam al-Tafsir, al-Khatib dalam al-Kifayah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 584]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs