Tidak ada erti pakaian baru bagi orang yang tidak memiliki akhlak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا جديد لمن لا خلق له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada erti pakaian baru bagi orang yang tidak memiliki akhlak.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 106, hadis nombor 515. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

من كلام عائشة رضي الله عنها، وفي كلام عمر رضي الله عنه. لا جديد لمن لا يلبس الخلق.

Bersumberkan ucapan ‘Aishah RA dan juga terdapat dalam ucapan ‘Umar RA: "Tidak ada erti pakaian baru bagi orang yang tidak mempunyai akhlak".

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.