Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا ينتطِحُ فيها عنزانِ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada dua ekor kambing betina saling tanduk-menanduk buatnya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1940, hadis no. 9728. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس- رضي الله عنه -، قال: هجت امرأة من بني خطمة النبي ﷺ بهجاء لها، قال: فبلغ ذلك النبي ﷺ، فاشتد عليه ذلك، فقال: «من لي بها؟»، فقال رجل من قومها: أنا يا رسول الله! وكانت تمارة؛ تبيع التمر، قال: فأتاها، فقال لها: عندك تمر؟ فقالت: نعم. فأرته تمرا، فقال: أردت أجود من هذا. قال: فدخلت لتريه. قال: فدخل خلفها ونظر يمينا وشمالا، فلم ير إلا خوانا، فعلا به رأسها حتى دمغها به، قال: ثم أتى النبي ﷺ فقال: يا رسول الله! كفيتكها. قال: فقال النبي ﷺ: «إنه لا ينتطح فيها عنزان». فأرسلها مثلا. [القضاعي، عد، ابن الجوزي في «العلل»، ابن عساكر، «الضعيفة» (6013)].
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: “Seorang perempuan daripada Bani Khatmah telah menyerang Nabi ﷺ dengan sebuah syair kepunyaannya. Ibn ‘Abbas berkata: “Perkara itu sampai kepada Nabi ﷺ lalu baginda ﷺ amat terkesan dengannya, maka baginda bersabda: “Siapakah (yang dapat menguruskan) untukku dengan dia?”. Maka seorang lelaki daripada kaum wanita itu menyahut: “Aku, wahai Rasulullah". Perempuan itu merupakan saudagar tamar yang menjual tamar. Ibn ‘Abbas RA berkata: “Maka lelaki itu pergi menemui perempuan itu dan berkata kepadanya: “Adakah kamu mempunyai tamar?” Perempuan itu berkata: “Ya.” Lalu dia memperlihatkan tamar kepadanya. Lalu lelaki itu berkata: “Aku mahukan yang lebih bagus daripada yang ini.” Ibn ‘Abbas RA berkata: “Lalu perempuan itu masuk untuk menunjukkan kepadanya.” Ibn ‘Abbās RA berkata: “Lalu lelaki itu mengekorinya seraya melihat ke kanan dan ke kiri, namun dia tidak melihat melainkan sebuah dulang. Lalu dia memukul kepala perempuan tersebut dengan dulang itu sehinggalah perempuan itu cedera parah kepalanya disebabkan oleh dulang itu”. Ibn ‘Abbas RA berkata: “Kemudian lelaki itu pergi kepada Nabi ﷺ dan berkata: “Wahai Rasulullah! Aku telah menghentikan kejahatannya buatmu.” Ibn ‘Abbas RA berkata: “Maka Nabi ﷺ bersabda: “Tidak ada dua ekor kambing betina saling tanduk-menanduk buatnya.” Baginda menjadikan perempuan itu sebagai contoh pengajaran. [Riwayat al-Quḍā‘ī, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, Ibn al-Jawzī dalam al-‘Ilal dan Ibn ‘Asākir. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6013].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman