Tidak ada doa yang lebih disukai oleh Allah

TEKS BAHASA ARAB

ما من دعاء أحب إلى الله تعالى من أن يقول العبد: اللهم ارحم أمة محمد رحمة عامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada doa yang lebih disukai oleh Allah berbanding seseorang menyebutkan: Ya Allah! Berikanlah rahmat kepada umat Muhammad dengan rahmat yang menyeluruh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 70, hadis nombor 397. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Ibn Hibban berkata: Palsu.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.