Tidak ada di Arafah suatu perkataaan mahupun perbuatan yang lebih utama daripada doa ini

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ليس في الموقف بعرفة قول ولا عمل أفضل من هذا الدعاء وأول من ينظر الله إليه صاحب هذا القول فإذا وقف بعرفة فليستقبل البيت الحرام بوجهه ويبسط يده كهيئة الداعي ثم يلبي ثلاثا ويكبر ثلاثا ويقول: لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد يحيي ويميت بيده الخير يقول ذلك: مائة مرة


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tidak ada di Arafah suatu perkataaan mahupun perbuatan yang lebih utama daripada doa ini. Manusia pertama yang Allah lihat kepadanya ialah yang membaca doa ini Apabila berwukuf di Arafah hendaklah menghadap Kaabah dengan wajahnya, lalu mengangkat tangannya sepertimana orang berdoa, kemudian bertalbiah tiga kali dan bertakbir tiga kali lalu membaca: La ilaha illallah wahdahu la Syarikalah Lahu al-Mulku walahu al-Hamdu yuhyi wayumit biyadihi al-Khair. Dia membacanya sebanyak 100 kali.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 108, hadis nombor 15. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


وهو دعاء طويل وذكر له جزاءا كبيرا ساقه ابن ناصر عن علي وابن مسعود مرفوعا وهو موضوع وفي إسناده: عبد الرحيم بن زيد كذاب ومحمد بن المنذر لا تحل الرواية عنه وقد روى بألفاظ مختلفة عن جابر رواه البيهقي في الشعب وقال: هذا متن غريب.
وقد ذكره ابن حجر في أماليه وقال: رواته كلهم ثقات إلا الطلحي فإنه مجهول

Ini adalah doa yang panjang disebutkan baginya ganjaran yang besar, dikemukakan oleh Ibn Nasir daripada Ali dan Ibn Mas’ud secara marfu'(disandarkan kepada Nabi) sedangkan hadith ini palsu. Pada sanadnya terdapat perawi bernama Abdul Rahim bin Zaid seorang pendusta, Muhammad bin al-Munzir tidak halal meriwayatkan darinya.
Telah diriwayatkan melalui lafaz-lafaz berbeza daripada Hadith Jabir oleh al-Baihaqi di dalam al-Syuab dan beliau berkata: matan hadith ini gharib.
Ibn Hajar menyebutkan di dalam kitabnya Amali dan beliau berkata: semua perawinya adalah terpecaya melainkan al-Talahi seorang perawi yang tidak dikenali.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon