Tidak ada daripada kalangan ahli keluarga yang saling menyambung hubungan kekeluargaan

TEKS BAHASA ARAB

ما من أهل بيت واصلوا إلا أجرى الله عليهم الرزق وكانوا في كنف الله عز وجل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada daripada kalangan ahli keluarga yang saling menyambung hubungan kekeluargaan melainkan Allah memberikan rezeki kepada mereka, dan mereka kesemuanya berada dalam jagaan (diredai) Allah SWT.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1144, hadis nombor 5784. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: مَا مِنْ أهلِ بَيْتٍ واصَلُوا إلا أَجْرَى الله عَلَيهِم الرِزْقَ وكَانُوا في كَنْفِ الله -عز وجل. [طب، الضعيفة (4480)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada daripada kalangan ahli keluarga yang saling menyambung hubungan kekeluargaan melainkan Allah memberikan rezeki kepada mereka, dan mereka kesemuanya berada dalam jagaan (diredai) Allah SWT. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4480]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs