Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَا مِنْ أهلِ بَيْتٍ واصَلُوا إلا أَجْرَى الله عَلَيهِم الرِزْقَ وكَانُوا في كَنْفِ الله -عز وجل-.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada daripada kalangan ahli keluarga yang saling menyambung hubungan kekeluargaan melainkan Allah memberikan rezeki kepada mereka, dan mereka kesemuanya berada dalam jagaan (diredai) Allah SWT.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1144, hadis no. 5784. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: مَا مِنْ أهلِ بَيْتٍ واصَلُوا إلا أَجْرَى الله عَلَيهِم الرِزْقَ وكَانُوا في كَنْفِ الله -عز وجل. [طب، الضعيفة (4480)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada daripada kalangan ahli keluarga yang saling menyambung hubungan kekeluargaan melainkan Allah memberikan rezeki kepada mereka, dan mereka kesemuanya berada dalam jagaan (diredai) Allah SWT. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4480]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman