Daif

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada dalam kalangan pemimpin yang memaafkan ketika dia sedang marah

Teks Bahasa Arab

ما من إمامٍ يَعْفُو عندَ الغَضَبِ؛ إلا عَفَا اللهُ عنه يومَ القيامةِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada dalam kalangan pemimpin yang memaafkan ketika dia sedang marah melainkan Allah akan memaafkannya pada hari kiamat.

Sahabat Perawi

  1. Makhul

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 82, hadis no. 410. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن مكحول مرفوعاً مرسلاً: ما من إمام يعفو عند الغضب؛ إلا عفا الله عنه يوم القيامة. [ابن أبي الدنيا في ((كتاب الإشراف))، ((الضعيفة)) (4475)]

(Daif) Daripada Makḥūl secara marfu’ dan mursal (disandarkan kepada Nabi S.A.W tanpa menyebut nama sahabat): Tidak ada dalam kalangan pemimpin yang memaafkan ketika dia sedang marah melainkan Allah akan memaafkannya pada hari kiamat. [Riwayat Ibn Abu Al-Dunya dalam Kitab al-Isyraf. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.4475]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.