Aku tidak mengetahuinya pada yang marfu'

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada cara beribadah kepada Allah

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: مَا عبد الله [بِشَيْء] أعظم من جبر الْقُلُوب.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Tidak ada cara beribadah kepada Allah yang lebih utama berbanding mengubati hati yang terluka.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. al-Sakhawi (m. 902H)

Status

Aku tidak mengetahuinya pada yang marfu'

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 160, hadis no. 476. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال السخاوي: لا أعرفه في المرفوع.

Al-Sakhawi berkata: Aku tidak mengetahuinya pada yang marfu'.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.