TEKS BAHASA ARAB
ما من مدينة يكثر أذانها إلا قل بردها.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Tidak ada bandar yang banyak azan melainkan ia akan menyebabkan kurangnya kesejukan.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 34. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في اللآلئ «ما من مدينة يكثر أذانها إلا قل بردها» موضوع.
Di dalam kitab al-La’ali:
“Tidak ada bandar yang banyak azan melainkan ia akan menyebabkan kurangnya kesejukan.” Hadith ini adalah hadith yang palsu.
RUJUKAN
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.