Seorang hamba tidak akan diuji dengan sesuatu yang lebih dahsyat daripada syirik kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

لن يبتلى عبد بشئ أشد عليه من الشرك بالله، ولن يبتلى عبد بشئ بعد الشرك بالله أشد عليه من ذهاب بصره، ولن يبتلى عبد بذهاب بصره فيصبر، إلا غفر له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Seorang hamba tidak akan diuji dengan sesuatu yang lebih dahsyat daripada syirik kepada Allah. Dia tidak akan diuji dengan sesuatu yang lebih dahsyat selepas syirik kepada Allah daripada hilang penglihatannya. Seseorang tidak akan diuji dengan hilang penglihatannya lalu dia bersabar melainkan dia akan diampunkan (dosanya).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2025, hadis nombor 10185. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن بريدة – رضي الله عنه – مرفوعا: لن يبتلى عبد بشئ أشد عليه من الشرك بالله، ولن يبتلى عبد بشئ بعد الشرك بالله أشد عليه من ذهاب بصره، ولن يبتلى عبد بذهاب بصره فيصبر، إلا غفر له.
[البزار، ((الضعيفة)) (4346)]

(Sangat Lemah)
Daripada Buraidah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Seorang hamba tidak akan diuji dengan sesuatu yang lebih dahsyat daripada syirik kepada Allah. Dia tidak akan diuji dengan sesuatu yang lebih dahsyat selepas syirik kepada Allah daripada hilang penglihatannya. Seseorang tidak akan diuji dengan hilang penglihatannya lalu dia bersabar melainkan dia akan diampunkan (dosanya).
[Riwayat al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 4346]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs