Tidak ada bagi wanita kebenaran untuk keluar kecuali jika mudarat

TEKS BAHASA ARAB

ليس للنساء نصيب في الخروج إلا مضطرة، – يعني ليس لها خادم – إلا في العيدين الأضحى والفطر، وليس لهن ‌نصيب ‌من ‌الطريق إلا الحواشي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada bagi wanita kebenaran untuk keluar kecuali jika mudarat – iaitu tiada khadam baginya – kecuali pada dua hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, mereka juga tidak boleh melalui jalan kecuali di bahagian tepi sahaja.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 780, hadis nombor 3999. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنها – مرفوعا: ((ليس للنساء نصيب في الخروج إلا مضطرة، – يعني ليس لها خادم – إلا في العيدين الأضحى والفطر، وليس لهن ‌نصيب ‌من ‌الطريق إلا الحواشي)). [عد، ((الضعيفة)) (1781)]

(Sangat Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada bagi wanita kebenaran untuk keluar kecuali jika mudarat – iaitu tiada khadam baginya – kecuali pada dua hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, mereka juga tidak boleh melalui jalan kecuali di bahagian tepi sahaja. [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa', Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1781]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs