Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليسَ للنِّساءِ نَصيبٌ في الخروجِ إلَّا مُضطرَّةً -يعني ليسَ لها خادِمٌ إلَّا في العيدَينِ الأَضحَى والفِطرِ، وليسَ لهنَّ نَصيبٌ مِن الطَّريق إلى الحَواشي.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada bagi wanita kebenaran untuk keluar kecuali jika mudarat – iaitu tiada khadam baginya – kecuali pada dua hari raya Idul Fitri dan Idul Adha, mereka juga tidak boleh melalui jalan kecuali di bahagian tepi sahaja.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 780, hadis no. 3999. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر - رضي الله عنها - مرفوعا: ((ليس للنساء نصيب في الخروج إلا مضطرة، - يعني ليس لها خادم - إلا في العيدين الأضحى والفطر، وليس لهن نصيب من الطريق إلا الحواشي)). [عد، ((الضعيفة)) (1781)] .
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada bagi wanita kebenaran untuk keluar kecuali jika mudarat – iaitu tiada khadam baginya – kecuali pada dua hari raya Idul Fitri dan Idul Adha, mereka juga tidak boleh melalui jalan kecuali di bahagian tepi sahaja. [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu'afa', Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 1781].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman