Tidak ada bagi seorang anak Adam itu suatu hak selain pada perkara-perkara ini

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ليس لابن آدم حق فيما سوى هذه الخصال: بيت ‌يسكنه، وثوب يواري عورته، وجلف الخبز والماء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada bagi seorang anak Adam itu suatu hak selain pada perkara-perkara ini: Sebuah rumah yang dia tinggal di dalamnya, sehelai pakaian yang menutup auratnya, sepotong roti dan sebejana air.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 596, hadis nombor 3075. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عثمان – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ليس لابن آدم حق فيما سوى هذه الخصال: بيت ‌يسكنه، وثوب يواري عورته، وجلف الخبز والماء)). [ت، ابن أبي الدنيا في ((الجوع)) وفي ((ذم الدنيا))، عبد بن حميد، ابن السني في ((القناعة))، ك، الضياء، ((الضعيفة)) (1063)].

(Munkar) Daripada Uthman RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Tidak ada bagi seorang anak Adam itu suatu hak selain pada perkara-perkara ini: Sebuah rumah yang dia tinggal di dalamnya, sehelai pakaian yang menutup auratnya, sepotong roti dan sebejana air)). [Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi dalam Sunannya, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Ju’ dan Dham al-Dunia, Abd bin Humaid dalam al-Muntakhab min al-Musnad, Ibn al-Sunni dalam al-Qana’ah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan al-Ḍhiya’ dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1063].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.