Classification icon

Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada bagi seorang anak Adam itu suatu hak selain pada perkara-perkara ini

Teks Bahasa Arab

ليس لابنِ آدمَ حَقٌّ فيما سِوى هذه الخصالِ : بيتٌ يَسْكُنُه، وثوبٌ يُوَارِي عورَتَه، وجِلْفُ الخبزِ والماءِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada bagi seorang anak Adam itu suatu hak selain pada perkara-perkara ini: Sebuah rumah yang dia tinggal di dalamnya, sehelai pakaian yang menutup auratnya, sepotong roti dan sebejana air.

Sahabat Perawi

  1. Uthman RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 596, hadis no. 3075.

(منكر) عن عثمان – رضي الله عنه – مرفوعا: ((ليس لابن آدم حق فيما سوى هذه الخصال: بيت ‌يسكنه، وثوب يواري عورته، وجلف الخبز والماء)). [ت، ابن أبي الدنيا في ((الجوع)) وفي ((ذم الدنيا))، عبد بن حميد، ابن السني في ((القناعة))، ك، الضياء، ((الضعيفة)) (1063)].

(Munkar) Daripada Uthman RA secara marfu’ (dinisbahkan kepada Nabi SAW): ((Tidak ada bagi seorang anak Adam itu suatu hak selain pada perkara-perkara ini: Sebuah rumah yang dia tinggal di dalamnya, sehelai pakaian yang menutup auratnya, sepotong roti dan sebejana air)). [Diriwayatkan oleh al-Tirmidzi dalam Sunannya, Ibn Abi al-Dunya dalam al-Ju’ dan Dham al-Dunia, Abd bin Humaid dalam al-Muntakhab min al-Musnad, Ibn al-Sunni dalam al-Qana’ah, al-Hakim dalam al-Mustadrak, dan al-Ḍhiya’ dalam al-Mukhtarah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1063].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.