Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ليسَ للدَّينِ دواءٌ إلَّا القضاءُ والوفاءُ والحمدُ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada penawar bagi hutang kecuali (dengan) melunaskannya, dan membayarnya dengan kadar yang cukup, dan mengucapkan tahmid (atas kemampuan melunaskannya).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 864, hadis no. 4411. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((ليس للدين دواء إلا القضاء والوفاء والحمد)). [خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (796)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibn Umar RA secara marfu’: “Tidak ada penawar bagi hutang kecuali (dengan) melunaskannya, dan membayarnya dengan kadar yang cukup, dan mengucapkan tahmid (atas kemampuan melunaskannya).” [Riwayat Al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 796].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman