Tidak ada anak Adam melainkan dia akan melakukan dosa

TEKS BAHASA ARAB

ما من آدمي إلا وله خطايا وذنوب يقترفها، فمن كانت سجيته العقل وغريزته اليقين؛ لم تضره ذنوبه، قيل: وكيف ذلك يا رسول الله؟ قال: لأنه كلما أخطأ؛ لم يلبث أن يتدارك ذلك بتوبة وندامة على ما كان منه، فيمحق ذلك ذنوبه، ويبقى له فضل يدخل به الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada anak Adam melainkan dia akan melakukan dosa. Sesiapa yang perlakuannya bergantung kepada akalnya dan nalurinya ialah keyakinan, dosanya tidak akan memudaratkannya. Dikatakan: Bagaimana begitu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ini kerana setiap kali dia melakukan kesalahan, dia tidak menunggu lama sehingga dia bertaubat dan menyesal atas apa yang dilakukan. Lalu dosanya dihapuskan, dan tinggal kebaikan yang dengannya dia memasuki syurga.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 696, hadis nombor 3576. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قيل: يا رسول الله! الرجل يكون حسن العقل، كثير الذنوب؟ قال: ((ما من آدمي إلا وله خطايا وذنوب يقترفها، فمن كانت سجيته العقل وغريزته اليقين؛ لم تضره ذنوبه، قيل: وكيف ذلك يا رسول الله؟ قال: لأنه كلما أخطأ؛ لم يلبث أن يتدارك ذلك بتوبة وندامة على ما كان منه، فيمحق ذلك ذنوبه، ويبقى له فضل يدخل به الجنة)). [الحارث، ((الضعيفة)) (٦٥٣٦)]

(Palsu) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Dikatakan: Wahai Rasulullah! Seorang lelaki yang baik akalnya, banyak dosanya? Baginda berkata: Tidak ada anak Adam melainkan dia akan melakukan dosa. Sesiapa yang perlakuannya bergantung kepada akalnya dan nalurinya ialah keyakinan, dosanya tidak akan memudaratkannya. Dikatakan: Bagaimana begitu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ini kerana setiap kali dia melakukan kesalahan, dia tidak menunggu lama sehingga dia bertaubat dan menyesal atas apa yang dilakukan. Lalu dosanya dihapuskan, dan tinggal kebaikan yang dengannya dia memasuki syurga. [Riwayat al-Hārith bin Abī Usāmah dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6536]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs