Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما من آدميٍّ إلا ولهُ خطايا وذنوبٌ يَقْتَرِفُها، فمنْ كانت سَجِيَّتُهُ العقلُ وغريزتُهُ اليقينُ؛ لم تضرهُ ذنوبُه، قيل: وكيفَ ذلكَ يا رسولَ اللهِ؟ قال: لأنهُ كلَّما أخطأَ؛ لم يلبثْ أن يتداركَ ذلكَ بتوبةٍ وندامةٍ على ما كان منهُ، فيمحقُ ذلكَ ذنوبَهُ، ويَبقى له فَضْلٌ يدخلُ به الجنةَ.
Teks Bahasa Melayu
Tidak ada anak Adam melainkan dia akan melakukan dosa. Sesiapa yang perlakuannya bergantung kepada akalnya dan nalurinya ialah keyakinan, dosanya tidak akan memudaratkannya. Dikatakan: Bagaimana begitu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ini kerana setiap kali dia melakukan kesalahan, dia tidak menunggu lama sehingga dia bertaubat dan menyesal atas apa yang dilakukan. Lalu dosanya dihapuskan, dan tinggal kebaikan yang dengannya dia memasuki syurga.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 696, hadis no. 3576. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه-، قال: قيل: يا رسول الله! الرجل يكون حسن العقل، كثير الذنوب؟ قال: ((ما من آدمي إلا وله خطايا وذنوب يقترفها، فمن كانت سجيته العقل وغريزته اليقين؛ لم تضره ذنوبه، قيل: وكيف ذلك يا رسول الله؟ قال: لأنه كلما أخطأ؛ لم يلبث أن يتدارك ذلك بتوبة وندامة على ما كان منه، فيمحق ذلك ذنوبه، ويبقى له فضل يدخل به الجنة)). [الحارث، ((الضعيفة)) (٦٥٣٦)]
(Palsu) Daripada Anas bin Mālik RA, beliau berkata: Dikatakan: Wahai Rasulullah! Seorang lelaki yang baik akalnya, banyak dosanya? Baginda berkata: Tidak ada anak Adam melainkan dia akan melakukan dosa. Sesiapa yang perlakuannya bergantung kepada akalnya dan nalurinya ialah keyakinan, dosanya tidak akan memudaratkannya. Dikatakan: Bagaimana begitu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Ini kerana setiap kali dia melakukan kesalahan, dia tidak menunggu lama sehingga dia bertaubat dan menyesal atas apa yang dilakukan. Lalu dosanya dihapuskan, dan tinggal kebaikan yang dengannya dia memasuki syurga. [Riwayat al-Hārith bin Abī Usāmah dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6536]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman