Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada amalan yang lebih Allah cintai daripada amalan yang dilakukan untukNya pada awal 10 hari Zulhijjah

Teks Bahasa Arab

ما من أيام أحب إلى الله أن يتعبد له فيها من عشر ذي الحجة؛ يعدل صيام كل يوم منها بصيام سنة، وقيام كل ليلة منها بقيام ليلة القدر.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada amalan yang lebih Allah cintai daripada amalan yang dilakukan untuk-Nya pada awal 10 hari Zulhijjah, puasa pada setiap hari tersebut adalah seperti pahala puasa setahun, dan bangun malam pada harinya, seperti bangun malam di Lailatul-Qadar.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 509, hadis no. 2708.

(ضعیف بهذا التام) عن أبي هريرة -رضي الله عنه - مرفوعا: «ما من أيام أحب إلى الله أن يتعبد له فيها من عشر ذي الحجة؛ يعدل صيام كل يوم منها بصيام سنة، وقيام كل ليلة منها بقيام ليلة القدر». [ت، ه، این مخلد في المنتقى من أحادیثه، ابن الأعرابي، البغوي، القاضي أبو يعلى في المجالس الستة»، «الضعيفة» (5142\م)]

(Lemah dengan lafaz seperti ini) Daripada Abu Hurairah RA yang disandarkan kepada Rasulullah ﷺ: Tidak ada amalan yang lebih Allah cintai daripada amalan yang dilakukan untuk-Nya pada awal 10 hari Zulhijjah, puasa pada setiap hari tersebut adalah seperti pahala puasa setahun, dan bangun malam pada harinya, seperti bangun malam di Lailatul-Qadar. [Disebutkan oleh al-Tirmizi dalam sunannya, Ibnu majah dalam Sunannya, Ibnu Makhlad dalam kitabnya al-Muntaqa min Ahadisihi, Ibnu al-a'rabi dalam kitab al-Zuhd, al-Baghawi dalam kitab "Syarah al-Sunnah", al-Qadi Abu Ya'la dalam kitab al-Majalis al-Sittah, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, (5142/m)]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.