Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tidak ada amalan yang ditakuti melebihi amalan itu sendiri

Teks Bahasa Arab

ما يُتخَوَّفُ منَ العمَلِ أشدُّ منَ العمَلِ؛ إنَّ الرَّجلَ من أمَّتي يعملُ في السِّرِّ فتَكتُبُ الحفَظةُ في السِّرِ، فإذا حدَّثَ بِهِ النَّاسُ يُنسَخُ منَ السِّرِ إلى العلانيةِ، فإذا أُعْجِبَ بِهِ نُسِخَ منَ العلانيةِ إلى الرِّياءِ؛ فيبطِلُ، فاتَّقوا اللَّهَ، ولا تُبطِلوا أعمالَكُم بالعُجبِ.

Teks Bahasa Melayu

Tidak ada amalan yang ditakuti melebihi amalan itu sendiri. Sesungguhnya sesiapa dalam kalangan umatku yang beramal dalam keadaan sembunyi, maka malaikat akan menulisnya sebagai amalan tersembunyi. Apabila dia menceritakan amalannya kepada manusia, amalan itu bertukar daripada amalan tersembunyi menjadi amalan terang-terangan. Apabila dia berasa ujub dengan amalannya, amalan itu bertukar daripada amalan terang-terangan menjadi amalan yang disertai riyak lalu terbatallah ia. Maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah membatalkan amalan kamu dengan ujub.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2049, hadis no. 10308. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما يُتخَوَّفُ منَ العمَلِ أشدُّ منَ العمَلِ؛ إنَّ الرَّجلَ من أمَّتي يعملُ في السِّرِّ فتَكتُبُ الحفَظةُ في السِّرِ، فإذا حدَّثَ بِهِ النَّاسُ يُنسَخُ منَ السِّرِ إلى العلانيةِ، فإذا أُعْجِبَ بِهِ نُسِخَ منَ العلانيةِ إلى الرِّياءِ؛ فيبطِلُ، فاتَّقوا اللَّهَ، ولا تُبطِلوا أعمالَكُم بالعُجبِ. [خط، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (5989)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada amalan yang ditakuti melebihi amalan itu sendiri. Sesungguhnya sesiapa dalam kalangan umatku yang beramal dalam keadaan sembunyi, maka malaikat akan menulisnya sebagai amalan tersembunyi. Apabila dia menceritakan amalannya kepada manusia, amalan itu bertukar daripada amalan tersembunyi menjadi amalan terang-terangan. Apabila dia berasa ujub dengan amalannya, amalan itu bertukar daripada amalan terang-terangan menjadi amalan yang disertai riyak lalu terbatallah ia. Maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah membatalkan amalan kamu dengan ujub. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dan Ibn al-Jauzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5989]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.