Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr

TEKS BAHASA ARAB

ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم، و إنه ليأتي يوم القيامة بقرونها و أشعارها و أظلافها، و إن الدم ليقع من الله بمكان قبل أن يقع إلى الأرض فطيبوا بها نفسا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (‘Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduk, bulu serta kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada Allah sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, tenangkanlah diri kamu dengan melakukannya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 177, hadis nombor 903. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عائشة – رضي الله عنها – مرفوعاً: ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم، إنه ليأتي يوم القيامة بقرونها وأشعارها وأظلافها، وإن الدم ليقع من الله بمكان قبل أن يقع على الأرض، فطيبوا بها نفسا.
[ت، ه، ك، البغوي، ((الضعيفة)) (٥٢٦)]

(Lemah)
Daripada ‘A’isyah ―Raḍiyallāhu ‘anha― secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (‘Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduk, bulu serta kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada Allah sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, tenangkanlah diri kamu dengan melakukannya.
[Riwayat al-Tirmizi dalam sunannya, Ibn Majah dalam sunannya, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baghawi. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 526]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs