Tidak ada ‘adwa (penyakit yang menular ataupun berjangkit)

TEKS BAHASA ARAB

لا عدوى، ولا طيرة، ولا هامة. فقام إليه رجل فقال: يا رسول الله! أرأيت البعير يكون به الجرب فتجرب الإبل؟! قال: ذلك القدر، فمن أجرب الأول؟!.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tidak ada ‘adwa (penyakit yang menular ataupun berjangkit), dan tidak ada thiyar (merasa sial), dan hammah (burung hantu), lalu seorang lelaki berdiri kepadanya dan berkata: Wahai Rasulullah, Adakah engkau melihat seekor unta yang terkena kurap kemudian menjangkiti unta-unta yang lain? Maka Baginda bersabda: Itu adalah takdir, maka siapa yang paling awal (terkena) kudis?.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1181, hadis nombor 5985. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((لا عدوى، ولا طيرة، ولا هامة)). فقام إليه رجل فقال: يا رسول الله! أرأيت البعير يكون به الجرب فتجرب الإبل؟! قال: ((ذلك القدر، فمن أجرب الأول؟!)). [ه، حم، ((الضعيفة)) (4808)]

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tidak ada ‘adwa (penyakit yang menular ataupun berjangkit), dan tidak ada thiyar (merasa sial), dan hammah (burung hantu), lalu seorang lelaki berdiri kepadanya dan berkata: Wahai Rasulullah, Adakah engkau melihat seekor unta yang terkena kurap kemudian menjangkiti unta-unta yang lain? Maka Baginda bersabda: Itu adalah takdir, maka siapa yang paling awal (terkena) kudis?.
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah, dan Imam Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 4808]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs