Daif

30/06/2024

minit bacaan



Tiang agama adalah solat, amalan tertinggi adalah jihad

Teks Bahasa Arab

قيِّمُ الدينِ الصلاةُ، وسنامُ العملِ الجهادُ، وأفضلُ أخلاقِ الإسلامِ الصمتُ؛ حتى يسلمَ الناسُ منكَ.

Teks Bahasa Melayu

Tiang agama adalah solat, amalan tertinggi adalah jihad dan akhlak Islam yang paling afdhal adalah diam, sehingga manusia terselamat daripada (kejahatan lidah) kamu.

Sahabat Perawi

  1. Wahb bin Munabbih

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 291, hadis no. 1526. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن وهب بن منبه، قال: إن رجلا سأل النبي ﷺ فقال: يا رسول الله! ما أفضل الأعمال؟ قال: «قيم الدين الصلاة، وسنام العمل الجهاد، وأفضل أخلاق الإسلام الصمت؛ حتى يسلم الناس منك». [ابن المبارك، «الضعيفة» (4069)]

(Daif) Daripada Wahb bin Munabbih beliau berkata :Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi SAW, dengan berkata: Wahai Rasulullah, apakah amalan yang paling afdhal? Baginda menjawab: Tiang agama adalah solat, amalan tertinggi adalah jihad dan akhlak Islam yang paling afdhal adalah diam, sehingga manusia terselamat daripada (kejahatan lidah) kamu. [Riwayat Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4069]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.