Dusta

30/06/2024

minit bacaan



Tiadalah yang lebih wangi daripada bau mukmin

Teks Bahasa Arab

ما من شيٍء أطيبُ من ريحِ المؤمنِ ، إنَّ ريحَه ليوجدُ بالآفاقِ ؛ وريحُه عملُه ، وحسنُ الثناءِ عليهِ ، وما من شيٍء أنتنُ من ريحِ الكافرِ ، وإنَّ ريحَه ليوجدُ بالآفاقِ ؛ وريحُه عملُه ، وسوءُ الثناءِ عليهِ.

Teks Bahasa Melayu

Tiadalah yang lebih wangi daripada bau mukmin, sesungguhnya baunya boleh didapati dari hujung ufuk. Baunya ialah amalannya dan pujian yang baik ke atasnya. Dan tiadalah yang lebih busuk daripada bau kafir. Dan sesungguhnya baunya boleh didapati dari hujung ufuk. Baunya ialah amalannya dan pujian yang buruk ke atasnya.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Dusta

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 551, hadis no. 2874.

(كذب) عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَا مِنْ شَيْءٍ ‌أَطْيَبُ مِنْ رِيحِ الْمُؤْمِنِ , إِنَّ رِيحَهُ لَيُوجَدُ بِالْآفَاقِ , وَرِيحُهُ عَمَلُهُ , وَحُسْنُ الثَّنَاءِ عَلَيْهِ , وَمَا مِنْ شَيْءٍ أَنْتَنُ مِنْ رِيحِ الْكَافِرِ , وَإِنَّ رِيحَهُ لَيُوجَدُ بِالْآفَاقِ , وَرِيحُهُ عَمَلُهُ , وَسُوءُ الثَّنَاءِ عَلَيْهِ» [عق، ((الضعيفة)) (6164)].

(Dusta) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Tiadalah yang lebih wangi daripada bau mukmin, sesungguhnya baunya boleh didapati dari hujung ufuk. Baunya ialah amalannya dan pujian yang baik ke atasnya. Dan tiadalah yang lebih busuk daripada bau kafir. Dan sesungguhnya baunya boleh didapati dari hujung ufuk. Baunya ialah amalannya dan pujian yang buruk ke atasnya.” [Riwayat al-Uqaili dalam kitab al-Du’afa’ al-Kabir. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6164].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.