Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ما مِن عبدٍ يسجدُ فيقولُ: ربِّ اغفر لي! ثلاثَ مراتٍ، إلَّا غُفرَ لهُ قبل أن يرفعَ رأسَه
Teks Bahasa Melayu
Tiadalah seorang hamba pun bersujud lalu menyebut: Tuhanku, ampunilah aku! Tiga kali; kecuali akan diampunkan untuknya sebelum dia mengangkat kepalanya.
Sahabat Perawi
- Taariq bin Ashyam al-Ashja’ei RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2011, hadis no. 10090. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن طارق بن أشيم الأشجعي – رضي الله عنه – مرفوعا: ما من عبد يسجد فيقول: رب اغفر لي! ثلاث مرات؛ إلا غفر له قبل أن يرفع رأسه. [طب، ((الضعيفة)) (2839)]
(Lemah) Daripada Taariq bin Ashyam al-Ashja’ei RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Tiadalah seorang hamba pun bersujud lalu menyebut: Tuhanku, ampunilah aku! Tiga kali; kecuali akan diampunkan untuknya sebelum dia mengangkat kepalanya. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabeer. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2839]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman