Lemah
3 minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا زَكَاةَ في حَجَرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada zakat pada (kumpulan) bebatuan (seperti zamrud, permata dsbg).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 624, hadis no. 3248. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو بن العاص - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((لا زكاة في حجر)). [عد، هق، ((الضعيفة)) (4801)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Tiada zakat pada batu." [Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhuafa’, dan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4801].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman