Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا يُملِينَّ مصاحفَنا إلَّا غلمانُ قَريشٍ وثَقيفٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada yang menulis mushaf kami melainkan pemuda-pemuda Quraisy dan Thaqif.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1918, hadis no. 9634. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر بن سمرة رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله ﷺ: لا يملين مصاحفنا إلا غلمان قريش وثقيف. [خط، ((الضعيفة)) (5830)]
(Lemah) Daripada Jabir Bin Samurah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang menulis mushaf kami melainkan pemuda-pemuda Quraisy dan Thaqif. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5830]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman