Tiada yang lebih aku takut terhadap umatku melainkan lemahnya keyakinan

TEKS BAHASA ARAB

ما أخاف على أمتي إلا ضعف اليقين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada yang lebih aku takut terhadap umatku melainkan lemahnya keyakinan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 211, hadis nombor 168. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه البخاري في الكبير (3/ 1/ 264) والطبراني في الأوسط كما في المجمع (1/ 107) وابن أبي الدنيا في اليقين (ق 2/ 1) والبيهقي في شعب الإيمان من طريق عبد الله بن وهب عن سعيد بن أبي أيوب عن عبد الرحمن بن بزرج أنه سمع أبا هريرة فذكره مرفوعا. قال الهيثمي: رجاله ثقات.
قلت: كيف؟ وعبد الرحمن بن بزرج ترجمه البخاري وكذا ابن أبي حاتم في الجرح والتعديل (2/ 2/ 216) ولم يذكرا فيه جرحا ولا تعديلا. فهو مجهول الحال. والله أعلم.

Dha’if. Hadith tersebut telah diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam al-Kabir (3/1/264), al-Tabarani dalam al-Awsat sebagaimana dalam al-Majma’ (1/107), Ibn Abi al-Dunya dalam al-Yaqin (hlm. 2/1) dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman melalui sanad Abd Allah bin Wahb daripada Sa’id bin Abi Ayyun daripada ‘Abdul Rahman bin Bazraj bahawa beliau telah mendengar Abu Hurairah, lalu beliau pun menyebutkan hadith tersebut secara marfu’. Al-Haythami berkata: "Perawi-perawinya adalah perawi-perawi thiqah".
Saya berkata: Bagaimana pula? Sedangkan ‘Abdul Rahman bin Bazraj, al-Bukhari membawakan biografi beliau, demikian juga Ibn Abi Hatim dalam al-Jarh Wa al-Ta’dil (2/2/216), namun mereka tidak menyebutkan mana-mana kritikan mahupun pujian terhadap beliau. Oleh itu, beliau Majhul al-Hal (Tidak diketahui statusnya). Wallahua’lam.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs