Tiada yang akan menaiki tunggangan pada hari kiamat kecuali kami berempat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: ما في القيامة راكب غيرنا، نحن أربعة، فقام إليه العباس فقال: ومن هم يا رسول الله؟ قال: أما أنا فعلى البراق، إلى أن قال: وعمي حمزة أسد الله، سيد الشهداء على ناقتي، وأخي علي على ناقة من نوق الجنة. إلى أن قال: وأخي صالح على ناقة الله التي عقرت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Tiada yang akan menaiki tunggangan pada hari kiamat kecuali kami berempat. Lalu Al-Abbas bangun dan berkata: Siapakah mereka wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Adapun aku akan menaiki Buraq, sehingga Baginda bersabda: Dan bapa saudaraku,Hamzah yang digelar singa Allah, penghulu para syuhada akan menaiki untaku, dan saudaraku,Ali akan berada di atas unta daripada unta-unta syurga.Sehingga Baginda bersabda: Saudaraku Nabi Saleh berada di atas unta Allah yang telah dibunuh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 378, hadis nombor 83. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه مطولا الخطيب، وذكر فيه أوصافا للبراق، وللناقة التي من نوق الجنة، عن ابن عباس مرفوعا. قال ابن الجوزي: موضوع. وقال في الميزان: آفته المتهم به عبد الجبار بن أحمد بن عبد الله السمسار. وقد رواه الخطيب من طريق أخرى، فيها مجاهيل.

Diriwayatkan dengan panjang oleh al-Khatib, disebutkan padanya beberapa sifat Buraq, dan sifat unta daripada unta-unta syurga tersebut, daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibn al-Jauzi berkata: Ia palsu. Dia berkata dalam al-Mizan: Penyakit (masalah) bagi hadith ini adalah Abd al-Jabbar bin Ahmad bin Abdullah Al-Simsar. Diriwayatkan oleh al-Khatib daripada jalan yang lain, padanya terdapat perawi-perawi yang majhul (tidak dikenali).

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs