Tiada upaya untuk menolak maksiat kepada Allah melainkan kerana pemeliharaan Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ألا أخبرك بتفسير (لا حول ولا قوة إلا بالله)؟ قلت: بلى، يا رسول الله، فقال: لا حول عن معصية الله إلا بعصمة الله، ولا قوة على طاعة الله إلا بعون الله، هكذا أخبرني بها جبريل يا ابن أم عبد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

“Mahukah kamu aku beritahukan kepada kamu tentang tafsir ‘tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah’?”. Aku berkata: “Mahu, wahai Rasulullah!”. Baginda bersabda: “Tiada upaya untuk menolak maksiat kepada Allah melainkan kerana pemeliharaan Allah dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan kepada Allah melainkan dengan pertolongan Allah. Demikianlah yang Jibrail beritahukan kepadaku, wahai Ibn Umm ‘Abd”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1454, hadis nombor 7394. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ألا أخبرك بتفسير (لا حول ولا قوة إلا بالله)؟)) قلت: بلى، يا رسول الله، فقال: ((لا حول عن معصية الله إلا بعصمة الله، ولا قوة على طاعة الله إلا بعون الله، هكذا أخبرني بها جبريل يا ابن أم عبد)). [عق، خط، ((الضعيفة)) (3355)]

(Lemah)
Daripada Ibn Mas‘ūd RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Mahukah kamu aku beritahukan kepada kamu tentang tafsir ‘tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah’?”. Aku berkata: “Mahu, wahai Rasulullah!”. Baginda bersabda: “Tiada upaya untuk menolak maksiat kepada Allah melainkan kerana pemeliharaan Allah dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan kepada Allah melainkan dengan pertolongan Allah. Demikianlah yang Jibrail beritahukan kepadaku, wahai Ibn Umm ‘Abd”.
[Riwayat al-‘Uqailī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3355]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.