Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ألا أُخْبِرُكَ بتفسيرِ (لا حَوْلَ ولا قُوَّةَ إلا باللهِ)؟ قلتُ : بلى، يا رسولَ اللهِ، فقال: لا حَوْلَ عن معصيةِ اللهِ إلا بِعِصْمَةِ اللهِ، ولا قوةَ على طاعةِ اللهِ إلا بعَوْنِ اللهِ، هكذا أَخْبَرَني بها جبريلُ يا ابنَ أُمِّ عَبْدٍ.
Teks Bahasa Melayu
“Mahukah kamu aku beritahukan kepada kamu tentang tafsir 'tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah'?”. Aku berkata: “Mahu, wahai Rasulullah!”. Baginda bersabda: “Tiada upaya untuk menolak maksiat kepada Allah melainkan kerana pemeliharaan Allah dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan kepada Allah melainkan dengan pertolongan Allah. Demikianlah yang Jibrail beritahukan kepadaku, wahai Ibn Umm ‘Abd”.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1454, hadis no. 7394. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((ألا أخبرك بتفسير (لا حول ولا قوة إلا بالله)؟)) قلت: بلى، يا رسول الله، فقال: ((لا حول عن معصية الله إلا بعصمة الله، ولا قوة على طاعة الله إلا بعون الله، هكذا أخبرني بها جبريل يا ابن أم عبد)). [عق، خط، ((الضعيفة)) (3355)]
(Lemah) Daripada Ibn Mas‘ūd RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Mahukah kamu aku beritahukan kepada kamu tentang tafsir 'tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah'?”. Aku berkata: “Mahu, wahai Rasulullah!”. Baginda bersabda: “Tiada upaya untuk menolak maksiat kepada Allah melainkan kerana pemeliharaan Allah dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan kepada Allah melainkan dengan pertolongan Allah. Demikianlah yang Jibrail beritahukan kepadaku, wahai Ibn Umm ‘Abd”. [Riwayat al-‘Uqailī dalam al-Ḍu‘afā’ al-Kabīr, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3355]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman