Tiada tanah larangan bagi pokok al-Arak

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

لا حمى في الأراك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada ada tanah larangan bagi kawasan yang ada al-Arak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 799, hadis nombor 4123. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبيض بن حمال: أنه سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن حمى الأراك؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا حمى في الأراك)). فقال: ‌أراكة في حظاري؟ فقال النبي عليه السلام: ((لا حمى في الأراك)). [د، الدارمي، ((الضعيفة)) (4799)]

(Lemah) Daripada Abyaḍ bin Ḥammāl: Bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW tentang tanah larangan yang padanya ada pokok al-Arak (pokok-pokok Miswak)? Lalu Rasulullah SAW bersabda: Tiada tanah larangan bagi pokok al-Arak. Beliau berkata: Bagaimana sebatang pokok arak di kawasan tanahku? Lalu Nabi SAW bersabda: Tiada ada tanah larangan bagi kawasan yang ada al-Arak. [Riwayat Abū Daūd dan al-Dārimī dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4799]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.