Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا حِمَى في الأراكِ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada ada tanah larangan bagi kawasan yang ada al-Arak.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 799, hadis no. 4123. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبيض بن حمال: أنه سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن حمى الأراك؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا حمى في الأراك)). فقال: أراكة في حظاري؟ فقال النبي عليه السلام: ((لا حمى في الأراك)). [د، الدارمي، ((الضعيفة)) (4799)]
(Lemah) Daripada Abyaḍ bin Ḥammāl: Bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW tentang tanah larangan yang padanya ada pokok al-Arak (pokok-pokok Miswak)? Lalu Rasulullah SAW bersabda: Tiada tanah larangan bagi pokok al-Arak. Beliau berkata: Bagaimana sebatang pokok arak di kawasan tanahku? Lalu Nabi SAW bersabda: Tiada ada tanah larangan bagi kawasan yang ada al-Arak. [Riwayat Abū Daūd dan al-Dārimī dalam al-Sunan. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4799]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman