Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لا طلاق إلا لعدة ولا عتق إلا لوجه الله تعالى.
Teks Bahasa Melayu
Tiada talak melainkan ada tempoh idah, dan tiada pembebasan (hamba) melainkan demi meraih keredaan Allah SWT.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1007, hadis no. 5188. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: لا طلاق إلا لعدة ولا عتق إلا لوجه الله تعالى. [طب، الضعيفة (4807)].
(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA, beliau meriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Tiada talak melainkan ada tempoh idah, dan tiada pembebasan (hamba) melainkan demi meraih keredaan Allah SWT. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 4807].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman