Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
لَا شُفْعَةَ إلَّا فِي دارٍ أو عَقَارٍ.
Teks Bahasa Melayu
Tiada syuf’ah (hak rakan kongsi) kecuali pada perkara pemilikan rumah atau tanah.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 624, hadis no. 3249. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((لا شفعة إلا في دار أو عقار)). [هق، ((الضعيفة)) (4802)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Tiada syuf’ah (hak rakan kongsi) kecuali pada perkara pemilikan rumah atau tanah." [Riwayat al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4802].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman