Tiada syuf’ah bagi seorang rakan kongsi ke atas rakan kongsinya yang lain jika dia mendahuluinya dalam pembelian

TEKS BAHASA ARAB

لا شفعة لشريك على شريك إذا سبقه بالشراء، ولا لصغير، ولا لغائب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Tiada syuf’ah bagi seorang rakan kongsi ke atas rakan kongsinya yang lain jika dia mendahuluinya dalam pembelian, dan tiada (syuf’ah) bagi kanak-kanak dan orang yang hilang.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 624, hadis nombor 3250. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((لا شفعة لشريك على شريك إذا سبقه بالشراء، ولا لصغير، ولا لغائب)). [هـ، هق، ((الضعيفة)) (4803)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Umar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): "Tiada syuf’ah bagi seorang rakan kongsi ke atas rakan kongsinya yang lain jika dia mendahuluinya dalam pembelian, dan tiada (syuf’ah) bagi kanak-kanak dan orang yang hilang."
[Riwayat Ibn Majah dalam Sunannya, dan al-Bayhaqi dalam Sunan al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.4803].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs