Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Tiada suatu tuhan yang disembah selain daripada Allah di bawah permukaan langit yang lebih besar daripada hawa nafsu yang dituruti

Teks Bahasa Arab

ما تحتَ أديمِ السماءِ إلهٌ يُعبدُ من دونِ اللهِ أعظمُ من هوىً مُتَّبَعٍ.

Teks Bahasa Melayu

Tiada suatu tuhan yang disembah selain daripada Allah di bawah permukaan langit yang lebih besar daripada hawa nafsu yang dituruti.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 579, hadis no. 2980.

(موضوع) عن أبي أمامة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «ما تحت ‌أديم ‌السماء إله يعبد من دون الله أعظم من هوى متبع». [حل، «الضعيفة» (6538)].

(Palsu) Daripada Abu Umamah RA, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Tiada suatu tuhan yang disembah selain daripada Allah di bawah permukaan langit yang lebih besar daripada hawa nafsu yang dituruti". [Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6538].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.